Feb 3, 2005

[S]edikit & [S]ebanyak

Modul malam semalam membawa aku dan sahabat-sahabat utk kembara. Satu kembara utk lebih mengenal diri. Hem..terima kasih kerana interpretasi itu. Semua ttg aku hampir benar terutamanya pada prediksi kerja ku di masa hadapan. Ramai mengamalkan kerja kaunselor dan psychologist untukku. Dan, aku lebih bersemangat utk mengembara demi capaian cita itu.

Mengenal diri dan potensi yang ada adalah sesuatu yang penting utk seorang individu kerana dari situ akan datang titik permulaan utk bergerak dan menilai kemampuan diri sendiri. Yelah, hanya kita tahu apa yang diingini. Orang lain mungkin tak mengerti. Tafsir ttg diriku: ada yang kata macam jam (ttg aku dan penghargaan masa..hehe. Aku penjaga masa yg baik ke??) Aku macam kancil, macam komputer, macam air, buku dsb. Segalanya untuk membayangkan aku di mata mereka sebagai pencinta ilmu yang tak kering idea bila bicara. Itu aku di gambaran mata mereka semua. Terima kasih..aku hargai. Itu satu motivasi sebenarnya. Insan lain membantu aku lebih mengenal diri dan mereka adalah cerminanku.

Tuntasnya, sesi bersama rakan PGG malam tu membawa riadah minda kami utk mengeksplorasi diri dan alam. Membincangkan ttg apa perlunya diri, selain isu-isu sekitar yang membawa satu rasa keinsafan di sudut hati. Ya, kisah-kisah ajaib yang legar bertandang dewasa ini. Kisah banjir di Mekah al Mukorramah, kisah Tsunami, kisah kebakaran di Pulau Langkawi, kisah salji di Negara Arab sana. Semunya di bumi Muslim. Ada soalnya, mengapa tidak berlaku di dunia bukan Muslim? Ermm…satu pandangan bertukar: ianya utk Muslim sebagai pengajaran dan jika diturunkan pada golongan bukan Muslim sekalipun, adakah mereka akan sedar?? Ya, segala kejadian yang terjadi memerlukan fikrah berfungsi diunggul kesaktian iman. Kesedaran utk berfikir tentang hikmah akan segalanya terjadi. Kiamat..tanda yang semakin hampir??

Ingin menutup bicara. Pohon ampun maaf pada sahabat fasilitator PGG jika rasanya kalamku pada post mortem malam semalam agak ‘lancar’. Maaf, aku mungkin terikut-ikut cara evaluasi semasa di Akademi yang agak analitikal. Ya, bila membuat post mortem di akademi, kami akan ‘diajar’ bagaimana utk menilai sedalamnya program yang telah dijalankan. Kami dilatih begitu dan tak mustahil jika aku agak terikut-ikut utk evaluasi program PGG pula. Maaf sahabat semua. Moga tiada yang terasa dan aku tahu kita dah buat yang terbaik. Bukan mudah nak memuaskan hati setiap insan. Kita cuma merancang namunnya DIA penyudah pada setiap perkara. Belajar dari kesilapan dan bahagia bersama apa yang telah ditentukan. Belajar hargai diri dan menerima segala kebaktian yang telah dicurah. Itulah sebaiknya buat memberi harapan dan peluang pada diri yang masih belajar. Apa pun, aku enjoy dengan program kita semua. InsyaAllah, kita sama-sama akan berjuang pada jalan ini. Tegur aku bila aku tersalah kerana aku bukan sempurna. Jalanku banyak yang tersilap mungkin. Akhir kalam, terima kasih atas kasih kita yang bertaut indah..Allah bersamamu wahai sahabatku..End!

No comments: